26 Aug 2014

time's up

Assalamualaikum w.b.t

bila aku mati nanti,
aku harap masih ada yang sudi sedekahkan al - fatihah, baca yasin untuk aku,
sebab aku tahu banyak mana je amalan aku selama ni,
aku harap aku masih ada ruang lagi dalam hati semua,
bukan aku mabuk populariti,
mahupun perasan sendiri,
tapi sebab aku harap bila - bila kau ingat aku,
kau sudi lapangkan barang seminit dua, baca lagi ayat suci itu,


bila aku mati nanti,
aku harap maafkan segala salah silap aku,
maafkan dosa aku dengan kau, sama ada yang aku buat secara sedar atau tidak,
sebab aku tahu dosa aku sama Tuhan yang satu itu, aku boleh taubat,
dan aku harap aku sempat,
tapi dosa aku sama manusia, kena settle by words,
dan aku harap ini cukup,
maafkan aku, halalkan segalanya dan redhai perjalan aku.


bila aku mati nanti,
sampaikan salam rindu aku buat umi baba aku,
buat seluruh keluarga aku, adik - adik aku,
sapu tangis mereka, sebab aku dah tak berdaya untuk buat itu,
pegang bahu mereka untuk aku,
kata dengan mereka,
aku cuma pergi sekejap, nanti harapnya berjumpa kat syurga,
kata dengan mereka,
mereka keluarga terbaik yang aku ada,
dan aku sayang setiap satu daripada mereka,
dan aku minta mereka redha dengan setiap kelakuan tak senonoh,
dan aku minta salah silap, dosa aku selama ni dimaafkan,
halalkan makan minum semua semua :)


dan untuk kau yang membaca,
kalau kau kenal aku,
aku harap,
bila aku mati nanti,
bicara kali ini kau tunjuk sama mereka,
insan - insan kesayangan,
yang juga kenal sama aku,
papar mesej ini di laman muka bukuku,
sekali lagi, bukan kerana aku kejar populariti,
kerana itu semua tak bermakna lagi selepas mati,


yang aku harap,
semua sudi mengampuni,
hamba yang banyak dosa ini,
semua sudi mendoakan yang baik baik,
sebagai teman aku,
dalam perjalanan menemui tuhan.

ikhlas,
syaza




it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...