17 Mar 2013

Budak zaman sekarang

Assalamualaikum w.b.t

Alkisahnya,
pada satu petang yang sekejap panas sekejap redup,seorang nenek memanggil cucunya yang sedang sibuk melayan facebook,blog,myheppi dan perkara-perkara sewaktu dengannya. Cucu tersebut dengan perasaan berat lagi malas lagi tak ikhlas  pun melangkah menghampiri neneknya.Si hati yang sedari tadi memerhati tingkah-laku tuannya,sedikit demi sedikit mencucuk jarum halus berisi tarbiyah. Tarbiyah  berbentuk sindiran skala rendah :)

Dalam hadis Sahih Bukhari, Kitab Tauhid, no. 7501, Allah berkata kepada malaikat pencatat amal,(terjemahan versi mudah),
"Kalau hamba-Ku niat nak buat jahat. Jangan catat! Kalau dia betul-betul buat, baru catat.  Kalau dia tak buat niatnya yang jahat tu, tulis 1 kebaikan."
"Kalau dia niat nak buat baik, tapi tak buatpun, tulis 1 kebaikan. Kalau dia betul-betul buat niat baiknya tu, tulis 10 hingga 700 kali ganda kebaikan."
Nah,lihat betapa pemurahnya DIA. Dengan hanya niat nak buat baik pun dah tercatat 1 kebaikan. Tu belum buat lagi tu. Membantu nenek pun kira kebaikan apa!

Maka,cucu tersebut pun pergi la menyahut seruan neneknya (menyahut seruan? pun boleh..bak kata Yuyu Zulaikha). Maka,selepas itu berlangsunglah sesi dialog ala-ala bahas ala parlimen antara nenek dengan cucu.

Nenek: Pergi tarik ampaian besi tu. Kasi letak tempat panas tu. Baru lekas kering.
Cucu:   Tak yah la nek,panas kejap je ni. Nanti mesti mendung balik. Lepas tu hujan pun turun.haaa
Nenek:  Mana hang tahu sat lagi nak hujan. Hang pakar pengkaji cuaca ka?
              (awat nenek speaking pakai accent kedah ni. bukan nenek orang klate ke? hehe)
Cucu:  Baik la nek..(berjalan gaya pasrah seolah-olah disuruh menikah dengan orang tak dikenali  
            padahal nenek suruh tarik ampaian besi je pun.)

Setelah beberapa minit kemudian...

Nenek: Awatnya hang pakat tarik ampaian tu lagu tu. Sengat benget. Dah la letak kat tempat teduh.
            Matahari pun tak nampak bayang.(Oh,accent kedah nenek ku masih tak hilang nampaknya) ;)
Cucu: Panas sangat la nek. Burn kulit orang nanti,sapa nak jawab? nenek nak bertanggungjawab? 
           (insert some kepoyoan di sini)
Nenek: ----diam beberapa ketika----
            Hang tu nenek suruh tarik menda alah tu kat tengah panas sikit pun dah mengadu panas la apa
           la. Hang tau dak,umi hang,umi ayu hang,ma hang, masa depa kecik-kecik dulu,lepas balik ja
           sekolah nenek suruh gi bendang padi tau dak. Dengan baju sekolah lecun dek peluh sebab baru
           balik sekolah tak sempat singgah rumah,sanggup ja berjemur tengah panas tolong atuk dengan
           nenek. Hang? Kalau nenek buat lagu tu kat hang,harus pengsan kat tengah bendang tu. Apalah
           nak jadi dengan budak zaman la ni...
Cucu: (Speechless sebab habis hujah dah nak lawan. Lagipun usul ni memang sah-sah dah tak daya nak
             lawan. Keputusan juri: nenek menang tanpa bertanding)

                                      ***************************************************************************************

Saya tak tahu orang lain,tapi honestly,bagi saya,saya memang tak mampu nak lalui balik apa yang dah dilalui orang-orang zaman dulu. Tapi,saya sanjung ketabahan mereka. Saya kagumi sikap gigih,berdikari mereka. Mungkin ibu bapa mereka tak ramai yang berpelajaran. Majoriti ibu bapa mereka hanya bekerja dalam estet kelapa sawit,di sawah padi, ladang getah. Namun,mereka masih taat setia membantu selagi terdaya. Dan yang lebih saya kagumi,pelajaran tetap tonggak utama hidup mereka :)

I adore 'them' and I wanna be like them,but,when i look back at my effort these days, it isn't even half of what they have go through. It's a wake up call,syaza! Be grateful of what you have today and keep it up :)

pen off,
syaza

p/s : hadis Sahih Bukhari, Kitab Tauhid, no. 7501 dipinjam daripada fb ustazah Fatimah Syarha.
        Another great muslimah that i love to listen to.

it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

5 comments:

Nadya Bubble said...

Promosi Rainbow AlQuran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013 sahaja!

http://bit.ly/cd2aQx

Nurmujahidah Ismail said...

muja pun rasa macam tu,,, sob3,, tak terdaya rasanya,, imagine pun dh teruk,,

spontaneous_gurlz said...

@muja
yeap,sebab kita tak pernah lalui,kan?

Amanina said...

salam..singgah sini :)

bykkan bersabar ok.

spontaneous_gurlz said...

@amanina
patience is a virtue :)

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...