26 Feb 2013

Kahwin awal?

Assalamualaikum w.b.t

Tengok tajuk pun dah rasa seram semacam. i'm a dead meat if my mom reads this entry. Ya Allah,minta jauh. Baba mesti luas punya nganga tengok anak dara dia punya la advance sampai dah masuk bab baitul muslim. Pegang penyapu pun jarang-jarang sekali, ada hati nak fikir pasal kahwin. haha

Nope,i'm not meroyan or what so ever. Cuma mungkin dah terlampau tak ada kerja. Kalau ada yang perasan,saya dah berhari-hari tak melaporkan diri kat blog ni. I'm just way too busy. Yeah,too busy sleeping,eating,watching movies,bla.bla.bla and the list goes on :)



I have a friend. Yang sama umur. Dulu sama-sama main sungai,polis sentri,bola 'pekong' mati (tak tahu la orang luar panggil apa). Dan sekarang dia dah kahwin. Kahwin pada usia yang pada saya memang masih muda. 17 years old. Dan sekarang dah hamil pun (senyum)

Masa dia nak kahwin dulu,boleh tahan heboh la satu kampung. Mungkin kes dia ni kes yang pertama seumpamanya kat kampung ni that people can't resist to get to know about this matter. Saya pulak memang tak boleh nak concentrate pasal ni sebab tengah berperang. Ya,berperang dengan paper,pen,liquid paper. Atau dalam bahasa mudahnya,tengah SPM.

 Melihat outsider yang sibuk duk pong-pang,pong-pang 'berdiskusi' pasal ni,saya terfikir. Apa motif sebenarnya mereka nak sangat ambil tahu. Adakah kerana tak nak dijadikan contoh terbaik bagi peribahasa begai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Atau mereka sebenarnya masyarakat yang prihatin. Telampau prihatin mungkin.

Tak. Saya cakap macam ni bukan sebab saya 'backing' kawan saya tu sebab dia kawan saya. Tak. Saya cakap macam ni sebab saya tak nampak apa perlunya menghebohkan perkara yang mungkin membuka aib orang. Ya,memang perkahwinan itu perlu dihebohkan kalau tak nak nanti berlaku fitnah ke apa ke. Tapi,not in a bad way,after all :)

Stigma kita. Memang susah untuk diubah,kan? Remaja yang kahwin awal adalah remaja yang bermasalah. Takpun,sengaja mengundang padah. Memang ada je kes yang macam ni. Tapi,tak semua. Ada je yang bila kahwin,berjaya. At least,mereka tu ada ikatan yang halal yang membolehkan mereka saling 'ada' untuk each other. Dan perkara yang halal di sisi Allah itu menjanjikan pahala yang banyak,bukan? (huge smile)

Apa-apapun, kalau nak kahwin tu kakak dan abang sekalian (cehh), sila tanya pada diri. Aku ni layak dah ke nak dijadikan imam. Kalau tak berkemampuan lagi nak menjadi imam kepada jemaah ramai,cukup lah sekadar menjadi imam kepada makmum yang satu itu. Tanya pula,aku ni dah cukup segala perisai ke nak back up zauj aku kalau dia hampir robek dikerjakan dunia yang ada masanya tak kira siapa,dihentamnya.
kalau dah rasa layak,silakan. Tak ada siapa boleh halang. Kalau memang itu jodoh dari Tuhan (gigantic smile inserted)

Ditulis oleh pemerhati bebas tak berbayar :)

it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

7 comments:

Flower Haziqah said...

salam..typical orang kita mmg mcm tu kan.. by the wy, gud luck utk spm!!

Flower Haziqah said...

thanx for giving me such a good spirit..^^

spontaneous_gurlz said...

tak semua,tpi mostly mmg macam tu.
neway,thanks for the wish :)

Nys Anis said...

hmm . tu lah . tapi kawin awal lagi elok bagi golongan yang wajib mgkin atas sbb nafsu ? kan ..

spontaneous_gurlz said...

@Nys Anis
hoyeah..you get the point :)

Alysha Syahirah said...

orang yang dengki mmg cam tuh. kan? At least, dia jumpa jugak jodoh yang baik di dunia untuk dia..

spontaneous_gurlz said...

@Alysha
ya,dan moga perkahwinan dia bahagia selamanya.amin :)

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...