26 Feb 2013

Kahwin awal?

Assalamualaikum w.b.t

Tengok tajuk pun dah rasa seram semacam. i'm a dead meat if my mom reads this entry. Ya Allah,minta jauh. Baba mesti luas punya nganga tengok anak dara dia punya la advance sampai dah masuk bab baitul muslim. Pegang penyapu pun jarang-jarang sekali, ada hati nak fikir pasal kahwin. haha

Nope,i'm not meroyan or what so ever. Cuma mungkin dah terlampau tak ada kerja. Kalau ada yang perasan,saya dah berhari-hari tak melaporkan diri kat blog ni. I'm just way too busy. Yeah,too busy sleeping,eating,watching movies,bla.bla.bla and the list goes on :)



I have a friend. Yang sama umur. Dulu sama-sama main sungai,polis sentri,bola 'pekong' mati (tak tahu la orang luar panggil apa). Dan sekarang dia dah kahwin. Kahwin pada usia yang pada saya memang masih muda. 17 years old. Dan sekarang dah hamil pun (senyum)

Masa dia nak kahwin dulu,boleh tahan heboh la satu kampung. Mungkin kes dia ni kes yang pertama seumpamanya kat kampung ni that people can't resist to get to know about this matter. Saya pulak memang tak boleh nak concentrate pasal ni sebab tengah berperang. Ya,berperang dengan paper,pen,liquid paper. Atau dalam bahasa mudahnya,tengah SPM.

 Melihat outsider yang sibuk duk pong-pang,pong-pang 'berdiskusi' pasal ni,saya terfikir. Apa motif sebenarnya mereka nak sangat ambil tahu. Adakah kerana tak nak dijadikan contoh terbaik bagi peribahasa begai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Atau mereka sebenarnya masyarakat yang prihatin. Telampau prihatin mungkin.

Tak. Saya cakap macam ni bukan sebab saya 'backing' kawan saya tu sebab dia kawan saya. Tak. Saya cakap macam ni sebab saya tak nampak apa perlunya menghebohkan perkara yang mungkin membuka aib orang. Ya,memang perkahwinan itu perlu dihebohkan kalau tak nak nanti berlaku fitnah ke apa ke. Tapi,not in a bad way,after all :)

Stigma kita. Memang susah untuk diubah,kan? Remaja yang kahwin awal adalah remaja yang bermasalah. Takpun,sengaja mengundang padah. Memang ada je kes yang macam ni. Tapi,tak semua. Ada je yang bila kahwin,berjaya. At least,mereka tu ada ikatan yang halal yang membolehkan mereka saling 'ada' untuk each other. Dan perkara yang halal di sisi Allah itu menjanjikan pahala yang banyak,bukan? (huge smile)

Apa-apapun, kalau nak kahwin tu kakak dan abang sekalian (cehh), sila tanya pada diri. Aku ni layak dah ke nak dijadikan imam. Kalau tak berkemampuan lagi nak menjadi imam kepada jemaah ramai,cukup lah sekadar menjadi imam kepada makmum yang satu itu. Tanya pula,aku ni dah cukup segala perisai ke nak back up zauj aku kalau dia hampir robek dikerjakan dunia yang ada masanya tak kira siapa,dihentamnya.
kalau dah rasa layak,silakan. Tak ada siapa boleh halang. Kalau memang itu jodoh dari Tuhan (gigantic smile inserted)

Ditulis oleh pemerhati bebas tak berbayar :)

it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

16 Feb 2013

Segmen : Tangkap Followers SeMaksimum Mungkin!!!

Assalamualaikum w.b.t

jom join :
ouh,kena complete those slogan ek? ohkay...

saya suka blog khalid kyle kerana template blog yang kinda mysterious. man in black,zeriously? haha.

p/s: sorry mr. organizer. saya tak ada twitter dan tak join Google+, so, tak boleh nak follow la ya :)


it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

11 Feb 2013

Ini Nenek Saya

Assalamualaikum w.b.t

Haa,tu dia tajuk entry tak boleh nak skema lagi dah,haha
Ini Nenek Saya,
mengimbau kenangan dulu-dulu waktu darjah 1,2. Kan cikgu suka ja bagi kerja suruh tulis karangan pasal ibu saya la,bapa saya la,hobi saya la. Know what,I wonder why they won't ask the students to write about their Granma? Kalau tak,saya mesti score punya la. X)

And here is my nenek. cekidaud :)

comel tak nenek saya? :)
Ingat lagi masa sekolah dulu,kalau ada kelas tambahan math,saya selalu tumpang kereta cikgu Zah. On the way balik tu memang borak sakan la dengan cikgu. Dan satu hari tu,tetiba cikgu zah tanya soalan yang..err

c.zah :syaza,umi tak ada ni,siapa yang masak? syaza,ek?
saya  :tak la cikgu. nenek saya la yang masak. kalau nak harapkan saya,kebulur la adik-adik
c.zah :awak panggil nenek awak,nenek eh? moden la nenek awak!
saya  :moden?*muka blur habis
c.zah :ye la.kat kelantan ni,cucu-cucu biasanya panggil nenek tu Mok(Mak). Tak pun Mek.
saya  :owh,macam tu eh cikgu.ada je sepupu saya yang panggil nenek,Mok. Tapi tak ramai la.
*macam ni la lebih kurang our conversation sebelum beralih ke topik lain,borak pasal math pulak :))

Nek,dengar tu,cikgu cakap nenek ni moden,dengar tak? hehehe.
tak apa nek,jadi moden sikit.up to date bak kata orang,asalkan jangan abaikan agama,ya nek!
hahaha* tak apa,nenek tak baca punya ;)

p/s:nenek on the way ke Puchong sekarang. Pergi melawat anak cucu. Btw,enjoy you holiday,nek! :)


it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

"Photo Contest: Aku dan Dia by Blog Paly"

Assalamualaikum w.b.t

Actually dah berhari-hari set niat nak join this contest*ceh,siap set niat bagai.
Anyway,let's ceck it out

jom join..tekan sini

what makes me excited to join this kind of contest is that i could refresh the old memories,
and share it with the rest of you.Lagipun,orang cakap,sharing is caring :)
so,gambar yang dipertaruhkan ialah :

how i miss that..blazer :')

Mungkin ada yang akan cakap,
"kenapa blazer?"
 "Mahal sangat ke blazer tu?"
"oissh,hang dah habis barang ke syaza nak dijadikan barang kesayangan?"
Takpun....
"Heh,ni mesti nak menunjuk gambar dia yang bajet gempak je ni?"

Tapi hakikatnya,
Blazer tu la peneman setia selama ni. Blazer yang dah koyak sikit kat bahagian dalam tu la yang menyaksikan jatuh bangun saya dalam satu-satunya bidang yang saya minat dan agak berkebolehan. Pidato,bahas,syarahan agama.You name it,I have encountered them all. And yes,they are my passion all this while. Kalau dah rasa sesak,serabut sangat belajar,memang melalak kat ceropong untuk sampaikan pidato adalah terapi terbaik,believe me :)

Saya ingat lagi,every single time i sat and waited for my turn to deliver a speech,masa tu tangan akan sejuk,kadang-kadang minda jadi beku tiba-tiba. And you know,benda yang akan buat saya rasa selesa dan tenang balik selain Allah's words adalah bila saya masukkan tangan dalam poket blazer tu,and whisper to myself,"tenang-tenang. Everything is going to be okay" :')

Dan,saya dapat rasa yang bila saya pakai blazer tu,umi saya ada kat sisi. Or at least,semangat dia ada bersama saya. Sebab,blazer tu sebenarnya blazer umi. Blazer yang diturunkan kepada anak sulung dia ni.
haha. I shall try it on day in the future :)
so,now, faham tak bila saya cakap saya sayang blazer tu? :)


pen off,
syaza


it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

10 Feb 2013

Contest teka barang apa

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak join contest rasanya,
so,here comes the first contest for this month,

click to join

p/s: ternganga jap tengok hadiah dia :D

it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

2 Feb 2013

Hlovate

Assalamualaikum w.b.t

Hye all.
Hlovate? masa first time dengar perkataan tu,i said to myself "Who is Hlovate at the first place,huh?"
"makanan kah? ke jenama minyak wangi yang sedang meningkat naik?"
"haaa..aku tahu*mentol menyala..it's a poem"
poem la sangat cik syaza oii..penulis yang famous amat tahap Tera Giga Mega ni pun engkau tak pernah dengar ke? haisssshh*geleng-geleng kepala

Well,Hlovate is act. such a mysterious author. Tak pernah mendedahkan identitinya kepada umum.*ouh,patutla tak pernah dengar_statement bela diri :))
Even dia tak pernah la nak buka dia punya private life story kepada masyarakat, dia masih mampu menjadi penulis kegilaan ramai termasukla saya*peace


Hlovate = Love and Hate.


Frankly,I don't even know this hlovate's real gender. dia ni lelaki ke perempuan ke? tapi ramai cakap hlovate is a woman. dan kemungkinan tu memang ada. A woman. A doctor or soon-to-be-one. An Overseas student. A music lover. she's great. i mean,real great. Her lines of words memang buat orang sentap. In a positive way,though. sebab dia tulis secara direct,tak pakai la bahasa lapik-lapik ke bertapis ke. Dan point yang dia nak deliver to directly masuk ke otak untuk dicerna akal dan diserap ke hati :)



One thing that differs her from other is that she spills everything yang kinda complicated and make it looks simple. I just love the way she interpret life. and she never forgot to add in Islamic value in all her writing,inspires me to be a better me. thanks,hlovate! Keep on writing good novels and keep on inspiring us :)

no doubt,it's true

p/s: gotta thanks mr k sebab 'kenalkan' saya dengan novel awesome ni semua :)









it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

1 Feb 2013

Segmen Blog Kesayangan!

Assalamualaikum w.b.t

join segmen ni pula,

click to join
Blogger-blogger semua dijemput join ya :)
nak tahu caranya?





dah pun siap,
syaza

it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...