2 Nov 2012

self consideration

assalamualaikum w.b.t

saya tahu saya tak kuat.
kalau saya kuat,saya tak perlu cari medium untuk bangkitkan balik semangat yang semakin berkubur 
ni..tak perlu batalkan perjanjian dengan diri sediri untuk tidak buka blog sebelum spm..tapi
yalah,saya tak kuat..

hairankan?
saat semua orang tengah khusyuk study untuk spm yang berbaki 2 hari sahaja lagi,saya pula sibuk buat benda lain,which is tidur..ya..saya kalau kusut benda yang paling saya suka buat ialah tidur..sebab tidur boleh buat saya lupa semua benda yang mengacau-bilaukan fikiran even untuk sementara saja..tidur bantu saya untuk masuki alam lain..alam mimpi dan fantasi..tak perlu toleh belakang dan tinggalkan saja realiti yang menyakitkan,senang bunyinya,kan? tapi,tak berbaloi..

saya sendiri tak tahu apa masalah saya..virus apa yang dah masuk dalam akal sampai dah tak boleh beza betul dan salah..rasa semakin hari semakin jauh daripada DIA,sedangkan dia sentiasa dekat..DIA lihat semua yang dah saya buat..DIA tahu tu semua..tapi,saya yang buat tak tahu :(

semua ni bermula apabila umi decide nak pergi tengok bola kat stadium.kalau setakat kat kb,umi nak bertapa kat situ tiga hari tiga malam pun saya tak kisah..masalahnya,stadium tu jauh,nun di shah alam..nak tak nak saya kena pergi juga..even nenek tawar diri nak stay kat rumah dengan saya,tapi tak ada gunanya juga.bukannya saya boleh pergi kelas tambahan ekonomi dan lagi mustahak BIOLOGI..dan saya tahu nenek pun memang nak pergi tengok keadaan anak cucu kat sana..waktu tu memang haru biru la perasaan.dengan spm hanya tinggal tak lebih drpd 2 weeks..diulangi,hanya 2 WEEKS..and i felt like nobody cares bout how i feel..how miserable it was..waktu yang sepatutnya diisi dengan belajar gone macam tu je,lebur..and semangat untuk self study yang menggunung tinggi terus down,sampai sekarang masih down terutama selepas terkena penyakit demam dan batuk tak henti ni..

oh,Allah..guide me to the right way :')

tadi baca artikel yang Wardina Safiyyah tulis..dia kata hidayah Allah tak kan pernah datang dekat dengan kita kalau kita tak usaha.. USAHA DULU hasilnya fikirkan kemudian,saya rasa itulah penyelesaiannya.

well,wish me the best of luck for this soon-coming spm
moga saya dapa apa yang saya cita citakan,
gud luck juga untuk sahabat2 batch95




it's okay to be a freak upon one's eyes...just don't be one upon ALLAH's

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...